31 July 2011

Review: Portal Kerajaan Negeri Kedah

Domain:  http://portal.kedah.gov.my/



Segala-galanya ada disini, itulah yang dapat disimpulkan pada laman portal milik Kerajaan Negeri Kedah. Dari dasar kerajaan negeri  hinggalah kepada promosi perlancongan, semuanya terpapar disini. Ianya menjadi hub utama bagi segala urusan pentadbiran kerajaan negeri. Portal ini dilihat memainkan peranannya dengan baik sebagai jambatan penghubung antara kerajaan negeri dengan rakyat marhain.

Apa yang menarik perhatian adalah  sistem elektronik yang disediakan khususnya untuk rakyat, perniaga, pelajar serta  urusan kakitangan kerajaan. Pengguna boleh mengakses borang aduan awam serta memuat turun borang secara online.

Selain itu anda dapat melihat atau memuat turun gambar serta video program anjuran  kerajaan negeri. Portal ini sentiasa dikemaskini dengan makluman semasa serta terdapat juga paparan berita disusun dengan cara tersendiri. Direktori yang dipaparkan juga adalah direktori yang sah dan terkini.

Memenuhi keperluan semasa, web ini juga dapat diakses melalui peranti  'mobile'. Sebuah portal yang cemerlang dan tahniah diucapkan kepada para pasukan admin.

PRO  : Memenuhi ciri-ciri sebuah portal.
CON : Susunan dan antaramuka web yang kurang kemas dan agak mengelirukan.

Review berdasarkan versi web pada 31 Julai 2011.

0 comments:

Iklan

Popular Posts