10 December 2011

Skuad Kenari beli dua pemain Brazil


ALOR SETAR 10 Dis. - Dua pemain import dari Brazil antara muka baru yang dipilih menyertai pasukan Kenari bagi menghadapi saingan bola sepak Liga Malaysia 2012.


Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib berkata, Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo merupakan pemain pertahanan yang sebelum ini mewakili kelab Brothers Union FC di Bangladesh dan Daniel Soares Neves atau Baroni yang mewakili Cruzeiro E. Clube di Brazil dan akan bermain di bahagian tengah.


"Kedua-dua pemain import ini akan beraksi bersama pasukan Kenari untuk tempoh setahun dengan bersyarat,” katanya kepada pemberita semasa majlis memperkenalkan pemain baru di Sri Mentaloon di sini, hari ini.


Hadir sama Ketua Jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan dan Ketua Jurulatih Piala Presiden, Mohd Nidzam Adzha Yusof. - Bernama


Berikut berupakan Skuad Kenari bagi menghadapi Liga Super 2012



0 comments:

Iklan

Popular Posts